top of page

Tiada lagi puak-puak dalam KEADILAN, fokus kukuhkan parti


Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan peristiwa Langkah Sheraton dan tindakan lompat parti beberapa ahli KEADILAN telah memberi kesan positif kepada parti yang diwakilinya.


Katanya, ia secara tidak langsung telah membersihkan segala puak dan warlord yang ada dalam parti sebelum ini, sehingga mengancam kedudukan parti dan memecah-belahkan ahli-ahli parti.


"Sudah tidak ada lagi dah. Dulu kan ada puak timbalan, puak presiden, puak ketua umum dan sekarang sudah tidak ada lagi. Sekarang satu sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi kita boleh fokus.


"Kita hendak fokus sekarang untuk pembangunan, apa yang boleh kita lontarkan di atas pengalaman Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apa yang kita hendak buat hari ini ialah kita hendak memperkukuhkan KEADILAN," katanya.


Pada masa sama, beliau KEADILAN sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana rakan dalam politik, selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.


"Sebab politik hari ini sudah tidak boleh terdesak dalam satu komponen, kita kena kepelbagaian dan acuannya sudah sebar luaskan tidak boleh satu acuan lagi, sebab itu jadi haru-hara.


"KEADILAN sentiasa bersiap siaga, berlapang dada dan tidak perlu khuatir. Kita tidak perlu gusar kerana ada dua perkara, satu kukuhnya keahlian dan kedua kita dapat banyak sukarelawan untuk mengambil sesuatu keputusan atau tindakan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page