top of page

Tiada lagi projek sakit PR1MA mulai 2024 - Menteri



Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan tidak akan ada lagi projek sakit membabitkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).


Menteri KPKT Nga Kor Ming berkata, setakat ini kementerian telah mengenal pasti 17 projek sakit dengan lapan daripadanya setakat ini telah siap sepenuhnya termasuk proses penyerahan kunci.

"Tidak sampai enam bulan tahun ini, lapan projek sakit telah siap dan kunci diserahkan, tiga lagi dijangka disiapkan menjelang akhir tahun ini dan bakinya tahun hadapan.


"Menjelang tahun 2024 memang tiada lagi projek sakit…ini merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani yang sentiasa mengangkat martabat, menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat," katanya.


Beliau sebelumnya berucap pada Majlis Penyerahan Kunci dan Jamuan Makan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 Residensi Kota Tinggi di Johor.


Turut hadir Timbalannya yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Mohd Jafni Md Shukor.


Antara projek sakit yang berjaya disiapkan adalah Residensi Taman Raia Sentosa dan Residensi Sitiawan Fasa 2 di Perak; Residensi Woodford Estate Fasa 1 dan Residensi Ranggu di Sabah, Residensi Seri Mahkota di Kedah dan Residensi Bandar Bukit Mahkota di Selangor.


Di Johor, ia melibatkan projek Residensi Kota Tinggi dan Residensi Pelangi Indah, manakala Residensi Larkin Indah dijangka siap suku ketiga tahun ini.


Terdahulu, Nga dalam ucapannya, berkata Residensi Kota Tinggi mempunyai 625 unit rumah teres serta dilengkapi fasiliti untuk kemudahan penduduk, seperti tadika, dewan serbaguna, taman permainan dan surau.


Beliau berkata projek yang dikenal pasti sebagai Projek Sakit Tahap 1 oleh kementeriannya itu berjaya disiapkan melalui Program Pemulihan Projek Sakit KPKT.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page