top of page

Tiada kompromi untuk rasuah, politik wang - Srikandi KEADILAN

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 18
  • 1 min read

ree

Srikandi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyatakan pendirian tegas untuk tidak bertolak ansur terhadap sebarang salah laku melibatkan amalan politik wang dalam parti itu khususnya ketika Pemilihan 2025.


Setiausahanya, Hanani Dhamirah berkata, pihaknya memandang serius penyebaran sebuah video tular yang dikaitkan dengan seorang anggota Srikandi Wilayah berhubung dakwaan pemberian wang kepada pengundi.


Tindakan tersebut tegasnya bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu yang selama ini lantang menentang korupsi serta salah guna kuasa dalam kalangan pemimpin.


"Srikandi KEADILAN menolak keras amalan rasuah dan politik wang dalam apa jua bentuk.


"Parti ini sentiasa konsisten dalam menentang barah rasuah sebagaimana yang diperjuangkan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kami tidak akan sesekali berkompromi demi memastikan nama baik Srikandi dan KEADILAN terus terpelihara," katanya dalam kenyataan.


Sebelum ini tular video yang dirakam secara rahsia yang mengaitkan seorang anggota Srikandi KEADILAN Wilayah.


Individu itu didakwa memberi wang kepada pengundi dipercayai bertujuan meraih undi semasa proses pemilihan parti.

Sementara itu menurut Hanani, isu tersebut telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Pengerusi Lembaga Disiplin untuk siasatan lanjut.


Pihaknya turut menggesa tindakan dikenakan sekiranya siasatan membuktikan wujud unsur salah laku oleh mana-mana individu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page