top of page

Tiada kompromi kelemahan pengurusan agensi bawah Kementerian Pertanian

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
6 hours ago
1 min read
Datuk Seri Mohamad Sabu. Gambar arkib
Datuk Seri Mohamad Sabu. Gambar arkib

Tiada kompromi terhadap sebarang kelemahan pengurusan dan ketidakpatuhan agensi serta anak syarikat di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau mahu pengurusan agensi dan anak syarikat memastikan setiap keputusan, perolehan serta penggunaan dana awam dilaksanakan secara telus dan penuh tanggungjawab.


"Saya mahu setiap organisasi di bawah KPKM diurus secara telus, berintegriti dan mematuhi sepenuhnya peraturan serta tatacara yang ditetapkan.


"Sebarang kelemahan dalam pengurusan, ketidakpatuhan atau perkara yang boleh menjejaskan kepentingan awam hendaklah dikenal pasti dan diambil tindakan sewajarnya," katanya dalam kenyataan.


Menerusi kenyataan tersebut Mohamad Sabu turut menegaskan, amanah rakyat perlu dijaga dan setiap ringgit wang awam mesti diurus dan diperkukuh dengan sebaik-baiknya.


Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad memaklumkan telah memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang pemilik akaun media sosial yang didakwa menyebarkan tuduhan mengaitkannya dengan rasuah dalam isu pembekalan baja di Kedah.


Beliau menegaskan, masyarakat bebas menyuarakan pandangan berkaitan sesuatu isu di media sosial, namun kebebasan itu tidak sepatutnya digunakan untuk membuat tuduhan tanpa asas.

"Saya sudah meminta peguam menghantar surat tuntutan kepada pemilik akaun yang terbabit. Media sosial memberi ruang kepada semua untuk bersuara, tetapi setiap kenyataan perlu dibuat secara bertanggungjawab," katanya di Threads.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page