top of page

Tiada kompromi jika berlaku jenayah dalam kes Syamsul Haris - Menteri KPT

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

ree

Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana individu jika siasatan kematian penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Syamsul Haris Shamsudin mendapati wujud unsur buli atau jenayah.


Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar) berkata laporan jawatankuasa bagi menyiasat kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UTM itu dijangka selesai dalam tempoh terdekat.


Pihak UTM tegasnya, sudah diberi arahan agar melaksanakan langkah yang sewajarnya dan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan kes berkenaan.


"Paling mustahak ialah supaya laporan jawatankuasa siasatan itu hendaklah disegerakan... dan pada masa sama hal-hal yang telah dibangkitkan oleh ahli keluarga dapat diberikan perhatian.


"Tidak ada sebarang usaha untuk cuba melindungi sesiapa sekiranya didapati ada unsur-unsur yang tidak baik yang dilakukan kepada adik Haris ini," katanya dipetik.


Dr Zambry berkata begitu kepada pemberita selepas menziarahi ibu Allahyarham Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun di kediamannya di Semenyih pada Isnin.


Turut hadir menziarahi keluarga itu ialah Naib Canselor UTM Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim.


Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES UTM di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor dengan sebab kematian yang belum jelas serta meragukan.

Ummu Haiman Bee mendakwa pada tubuh anaknya terdapat kesan lebam dan kecederaan seperti perbuatan jenayah secara fizikal dan menuntut supaya siasatan punca kematian dilaksanakan dengan telus dan adil.


Beliau dan keluarga menggesa bedah siasat kedua dijalankan dan bersedia kubur anaknya digali semula bagi mengetahui punca sebenar kematian.


Sebagai rekod, Kementerian Pertahanan sudah menubuhkan satu jawatankuasa yang disertai KPT dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyiasat kematian Syamsul Haris.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page