top of page

Tiada Ketua Hakim Negara 'mahkamah lumpuh' kelirukan rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Srikandi KEADILAN menyeru semua pihak, termasuk Ahli Parlimen dan pemimpin politik agar lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu.


Ketuanya, Nurhidayah Che Rose (gambar) memberi peringatan agar isu pelantikan kehakiman tidak dijadikan alat permainan politik sempit


Katanya, kredibiliti institusi kehakiman wajib dipelihara dan bukan merosakkannya demi agenda peribadi.


"Kami menzahirkan pendirian bahawa sebarang isu berkaitan institusi kehakiman mestilah ditangani dengan berhati-hati berasaskan fakta dan selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.


"Justeru kami ingin mengingatkan bahawa proses pelantikan Ketua Hakim Negara telahpun diperincikan dalam Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan ia dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri (PM) selepas mempertimbang syor daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).


"Proses ini telah lama diamalkan dengan telus dan berperlembagaan. Kenyataan yang menyebut bahawa ketiadaan Ketua Hakim Negara menyebabkan 'mahkamah lumpuh' adalah tidak tepat dan mengelirukan rakyat.


"Berdasarkan Perkara 122(2), Mahkamah Persekutuan boleh bersidang selagi mempunyai bilangan hakim yang mencukupi.


"Malah, sistem kehakiman kita berfungsi melalui struktur yang tersusun termasuk Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Majistret yang masih beroperasi seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Nurhidayah turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang turun menyertai perarakan aman petang semalam, termasuk kehadiran Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar.


"Perarakan itu berlangsung dalam suasana tertib dan berdisiplin menandakan kematangan politik rakyat Malaysia dalam menyuarakan pandangan secara demokratik.


"Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan wanita, belia dan pemimpin pelapis memperlihatkan betapa rakyat hari ini lebih celik terhadap prinsip demokrasi kedaulatan undang-undang dan integriti institusi negara," ujarnya lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page