top of page

Tiada kerjasama dengan Pejuang jika tolak Anwar - Lim Guan Eng



Sikap Pengerusi Perjuang, Tun Mahathir Mohamad yang menyalahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya penyebab beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri (PM) hingga kini tidak boleh diterima oleh pemimpin PH.


Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata, tiada rundingan dengan Pejuang sekiranya parti itu enggan menerima Anwar sebagai pemimpin tertinggi PH.


"Pimpinan PH sekarang ialah Anwar, kami bersedia untuk bekerjasama dengan Mahathir, tapi dia tolak kerjasama dengan PH disebabkan Anwar pengerusi (PH), jadi tak perlu kerjasama lagi. Begitu…mudah sahaja," katanya dipetik.


Guan Eng juga menolak dakwaan Mahathir kononnya kejatuhan kerajaan PH akibat penyokong Anwar yang tidak sabar pemimpin mereka diangkat sebagai PM.


Ahli Parlimen Bagan itu berkata, punca kejatuhan PH adalah pengkhianatan Langkah Sheraton dan bukannya datang dari Anwar.


"Punca utama kejatuhan disebabkan Langkah Sheraton dengan dalang utamanya adalah (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali.


“Dia sepatutnya salahkan pengkhianat tersebut, bukan salahkan orang yang berpegang teguh pada jawatan partinya," kata Guan Eng lagi.


Sebelum ini, dalam temuramah Tun Mahathir dengan Utusan Malaysia, beliau menyalahkan Anwar sebagai punca kegagalannya untuk menjadi PM buat kali keempat, selepas meletak jawatan tanpa berbincang dengan PH pada Februari 2020.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page