top of page

Mahkamah tidak sentuh isu kalimah Allah, gugur rayuan soal pentadbiran



Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan seorang warga Sarawak, Jill Ireland, membawa masuk bahan bercetak agama Kristian mengandungi kalimah Allah tiada kena mengena dengan isu membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.


Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas pihak yang sengaja memutar belitkan fakta dan menimbulkan kemarahan masyarakat Islam.


"Menarik balik (rayuan) bukan seolah olah mahkamah ada memberi kebenaran Jill Ireland boleh guna kalimah Allah. Keputusan mahkamah hanya berkaitan tindakan kastam merampas yang tidak mengikut undang undang. Itu saja.


"Di luar, dia (pembangkang) punya pusing seolah olah kita tarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah


"Tidak ada keputusan mahkamah benarkan penggunaan Allah dalam kes Jill Ireland," katanya dalam ucapan di Majlis Rumah Terbuka dan Pra-Pelancaran Pertubuhan Malaysia Madani (MyMadani), malam tadi.


Saifuddin turut menjelaskan kronologi kes Jill Ireland tersebut yang lebih kepada isu pentadbiran apabila wanita itu pulang ke Malaysia membawa bahan bercetak dan CD agama Kristian berbahasa Indonesia. Kastam merampas bahan berkenaan mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 berdasarkan arahan pentadbiran pada 1986.


DS Saifuddin menerangkan isu sebenar berkaitan penarikan balik rayuan kes Jill Ireland

"Jill Ireland kemudian lawan di mahkamah. Peguam Jill Ireland kata, Yang Arif Hakim anak guam saya bawa masuk bahan ini, kastam tahan. Kastam kata, ada Arahan Pentadbiran 1986 yang mengatakan bahan itu tidak boleh bawa masuk.


"Peguam Jill Ireland kata, Yang Arif, 1986 juga ada keputusan kabinet, masa itu Tun Mahathir (sebagai PM). Dalam keputusan itu bahawa perkara ini dibenarkan, asal ditulis cop untuk agama Kristian sahaja.


"Keputusan kabinet kata kalimah "Allah", "Baitullah", "Kaabah" dan "solat" tidak boleh digunakan, melainkan dicop untuk kegunaan Kristian sahaja pada bahan penerbitan.


"Hakim kata, kabinet kata boleh dengan cop, kastam kata tak boleh. Bila berlaku percanggahan Hakim kata Jill Ireland, kamu menang," katanya.


Justeru Saifuddin hairan bagaimana pihak tertentu boleh memutar belitkan fakta kononnya dalam kes itu hakim membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bahan penerbitan agama selain Islam.


"Hakim bukan kata Jill Ireland kalimah Allah kamu boleh guna. Hakim kata ini mahkamah sivil, saya bukan buat keputusan tentang isu teologi, saya buat keputusan tentang administratif, iaitu arahan pentadbiran bercanggah dengan keputusan Jemaah Menteri 1986.


"Keputusan hakim Mahkamah Tinggi ialah, bercanggah keputusan Kabinet dengan arahan pentadbiran. Itu keputusan mahkamah," katanya.


Berdasarkan senario itu, kata Saifuddin, beliau kemudian mengikuti nasihat Peguam Negara untuk menggugurkan rayuan KDN kerana kes tersebut terlalu real percanggahannya dan tidak boleh dimenangi.


Kemudian beliau membawa ke Jemaah Menteri untuk proses penarikan balik rayuan oleh KDN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page