top of page

Tiada keputusan konsensus gubal RUU Parlimen Berpenggal Tetap



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini tiada sebarang keputusan konsensus dalam kalangan pemimpin parti Kerajaan Madani membabitkan cadangan menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Parlimen Berpenggal Tetap.


Perdana Menteri (PM) menjelaskan buat masa ini adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai perkara selain ia bukan menjadi keutamaan pihak kerajaan.


"Saya berharap untuk membincangkan perkara itu tetapi pada masa yang sama, ia agak terlalu awal untuk kita membuat sebarang keputusan bahkan kita belum mendapat sebarang maklum balas daripada AG (Peguam Negara)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pagi tadi.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pemimpin parti pembangkang sedang mencuba sedaya upaya untuk menumbangkan kerajaan yang diterajuinya sekarang.


"Tapi tiada asasnya, mereka sangat lemah ketika ini dan tak ada pun satu pertiga (sokongan dalam Parlimen), jadi mengapa kita perlu membangkitkan perkara ini?

"Fokus dan keutamaan saya ketika ini ialah untuk melakukan transformasi, untuk mengubah negara ini dari segi tadbir urus yang baik dan menjadi sebuah negara yang antirasuah," kata beliau yang juga Presiden KEADILAN.


Perdana Menteri mengulas cadangan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO agar RUU Parlimen berpenggal digubal untuk memastikan pembentukan sesebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal atau sebelum pilihan raya umum seterusnya diadakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page