top of page

Tiada kekosongan kerusi DUN di Selangor - Speaker

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read

Tiada keperluan berbangkit untuk mengumumkan kekosongan mana-mana kerusi Ahli Dewan Negeri (ADN) di Selangor.


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Lau Weng San berkata, semakan menyeluruh dijalankan pihaknya tidak menemukan mana-mana wakil rakyat telah melanggar syarat sah untuk memegang kerusi masing-masing.


"Saya menerima makluman terdapat isu ada ADUN yang mungkin boleh kehilangan kelayakan mereka, saya sudah membuat semakan dan setakat pagi Isnin lalu, tiada sebarang isu sedemikian jadi tidak perlu saya buat apa-apa pengumuman terhadap mana-mana ADUN.


"Semakan sudah dibuat dengan semua pihak, menyeluruh, menyentuh semua sudut dan membabitkan semua ADUN," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begittu pada sidang media Rumusan Perbahasan DUN Selangor di Lobi Wisma DUN Selangor di Shah Alam pada Khamis.


Timbul spekulasi baru-baru ini berkaitan kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di Selangor susulan status kebankrapan Ahli Dewan Negeri Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.


Media kemudian melaporkan Mahkamah Tinggi telah membatalkan Perintah Kebankrapan terhadap individu itu berikutan permohonan di bawah Seksyen 105 Akta Insolvensi 1967.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page