
Tidak terdapat sebarang kekeliruan dalam kalangan pelabur atau ahli perniagaan di negara ini berhubung polisi tender terbuka atau terhad yang diamalkan oleh Kerajaan Madani ketika ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata, projek tebatan banjir yang sering dipertikaikan oleh pembangkang misalnya biar pun dibatalkan tetapi kemudian dilaksanakan secara fast track tender melalui tender terhad.
Katanya, kalangan perniagaan memahami beza antara tender terbuka dan tender terhad berkenaan.
"Saya tidak fikir ada kekeliruan. Bila mana saya katakan batalkan projek rundingan terus kita sebut untuk tebatan banjir, harus ada langkah percepatan dan ini termasuk tender terhad. Itu (jawapan saya) di parlimen. Masalah YB Larut harus hadir di parlimen untuk mendengar jawapan.
"Ini tidak ada pertentangan. Tidak boleh rundingan terus untuk tebatan banjir. Kalau kita ikut proses biasa maka kelulusan kontrak tebatan banjir hanya boleh diluluskan pada November atau Disember. Kelantan, Terengagnu, Johor kata tak boleh, perlu segera. Maka kita kata fast track tetapi tender dengan syarikat setelah melalui proses pre-qualification," katanya menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Hamzah Zainudddin (PN - Larut) dalam sesi sidang Dewan Rakyat pagi tadi.
Berkenaan terdapatnya rungutan dalam kalangan pelabur dan pemain ekonomi mengenai dasar ekonomi negara yang tidak jelas, PM mahu Ketua Pembangkang memberi butiran spesifik berkenaan rungutan tersebut kerana soalan yang diajukan terlalu umum.
"Tetapi yang merungut (dasar ekonmi) celaru..... kalau dasar celau pertumbuhan tidak akan dapat mengatasi Indonesia, China, Vietnam. Kalau dasar celaru tidak mungkin pelaburan datang.
"Untuk penjelasan, pelaburan ini serius sebab sebulan selepas kita ke China, Geely datang. Bukan sahaja lancar proton X90 tetapi juga mencadangkan supaya disegerakan projek automatif city Tanjung Malim
"Jadi maknanya ada dasar jelas yang mereka ketahui. Tentang rungutan itu biasa kita dengar. Kalau Larut berikan pandangan apa yang spesifik saya boleh terima. Kalau ada yang munasabah saya boleh ambil kira dan buat penyesuaian yang perlu, kerana yang penting adalah menjana pertumbuhan yang lebih rancak di negara kita," katanya lagi.