top of page

Tiada hasrat kerjasama dengan PN, GTA - Fahmi



KEADILAN tidak berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Gerakan Tanah Air (GTA) sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, laporan berita yang tersebar luas petang ini menggambarkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka kerjasama kepada dua gabungan berkenaan adalah tidak tepat.


"Saya meneliti beberapa laporan media yang membayangkan bahawa Presiden KEADILAN dan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar, bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan GTA atau PN.


"Ini tidak benar. Pendirian KEADILAN dan PH amat jelas, iaitu fokus utama kami adalah untuk memperkukuh Pakatan Harapan itu sendiri," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.


Beliau yang turut sama hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar berkata, jawapan Presiden KEADILAN itu konsisten dengan pendirian PH selama ini yang menawarkan kerjasama kepada pihak yang melawan rasuah, menolak perkauman dan mengutamakan tadbir urus baik.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa sebarang kerjasama dengan mana-mana parti menjelang PRU15 tidak hanya tertumpu kepada usaha menumbangkan Umno-BN tetapi mesti berteraskan prinsip-prinsip agenda reformasi, tatakelola yang baik, dan melawan rasuah.


"Oleh itu, KEADILAN tiada hasrat untuk mengadakan perbincangan kerjasama pilihan raya dengan GTA dan PN," kata Pengarah Komunikasi PH itu lagi.


Dalam sidang media petang ini, media salah tanggap terhadap jawapan Anwar yang sedia membuka kerjasama. Beberapa media tidak menumpukan syarat yang ditetapkan, pihak yang mahu bekerjasama mestilah menerima dasar dasar utama PH.


Dalam jawapannya, jelas Anwar menyebut prinsip utama PH seperti membanteras rasuah, menolak politik perkauman dan tadbir urus yang baik tidak boleh ditolak ansur.


""'Come together' itu memang kenyataan yang lunak seperti bersatu, bersatu itu apa? Ada orang bersatu yang nak rompak, ada bersatu dengan macam cerita persatuan 40 penyamun. Jadi bersatu itu mesti bersandarkan kepada beberapa prinsip yang jelas.


"Ada kelola yang baik, menolak rasuah, tidak bersetuju dengan dasar perkauman atau fanatik agama, itu prinsip utama dan kalau bersetuju silakan," kata Anwar petang tadi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page