top of page

Tiada halangan taja graduan TVET sambung pengajian luar negara



Tiada sebarang halangan di pihak kerajaan bagi menaja graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyambung pengajian ke luar negara.

Menurut perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan menumpukan kepada usaha melatih seberapa ramai tenaga mahir dalam negara dan penajaan itu ketika ini bukan satu keutamaan.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan mengambil perhatian terhadap isu itu dan melihat sekiranya ia boleh dilakukan.


"Kalau ada keperluan tajaan dalam bidang tertentu yang tidak ada keupayaan dalam negara dan perlu dilatih di luar negara seperti China, Arab, Amerika Syarikat atau Eropah, saya tidak ada masalah. Kita boleh hantar.


"Asyraf Wajdi (Pengerusi MARA) akan mulakan program itu dalam kalangan (pelajar) di bawah kendalian MARA, kita akan cuba hantar.


"Tetapi di peringkat sekarang, kita tidak fikir ia terlalu mendesak kerana kita mahu bawa kepakaran dan kemahiran itu (dari luar negara) melatih jumlah yang lebih ramai," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke program Temu Anwar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Kuantan pada Selasa.


Mengulas lanjut mengenai peluang graduan menjalani latihan lanjutan, Anwar memberitahu, syarikat pengeluar automobil China, Geely yang melabur di negara ini ada membuka tajaan graduan dalam bidang teknikal.


"Menurut Geely, mereka mahu ambil 300 lulusan kejuruteraan universiti dan TVET untuk dibawa ke Universiti Geely di negara China untuk diberi latihan tambahan. Kita tidak menghalang sama-sekali.


"Kita iktiraf kelulusan TVET itu dan tidak benar untuk katakan kita tidak iktiraf (kelulusan dari China)," tambahnya.


Selain itu, Anwar turut menegaskan bahawa peluang pekerjaan bagi graduan TVET akan diperluaskan dengan komitmen daripada syarikat-syarikat Jepun yang ada di Malaysia.


Hal tersebut akan direalisasikan melalui program pengembangan industri bernilai RM28 bilion bermula tahun ini yang melibatkan sekitar 15 buah syarikat korporat besar Jepun.


Pelaburan juga mula memasuki pasaran Malaysia dari Arab Saudi dan Amerika Syarikat juga kata Anwar akan terus memberi manfaat kepada tenaga buruh dalam negara khususnya graduan TVET.

0 comments

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page