top of page

Tiada halangan laksana cadangan pengeluaran KWSP berkala



Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai bantahan terhadap cadangan mewajibkan pengeluaran bulanan berkala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila pencarum mencapai usia 55 tahun.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Putrajaya sedang memuktamadkan butiran cadangan itu dan ia bergantung kepada kapasiti KWSP.


"(Cadangan) itu masih di peringkat akhir.


"(Ketua Pegawai Eksekutif KWSP) tadi ada (maklumkan) beberapa tentangan, terutama dalam kalangan (pencarum) yang simpanannya terlalu kecil," katanya dipetik.


Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilapor media sebagai berkata KWSP tidak menolak menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun yang ketika ini adalah secara sukarela kepada mandatori bagi ahli baharu pada masa depan.


Ia berbeza dari kebiasaan ketika ini di mana mencapai usia 55 tahun, mereka boleh membuat pengeluaran penuh atau sebanyak mana yang mereka kehendaki.


Dengan mewajibkan pengeluaran berkala ia dilihat mampu memberi peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik selain memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.


Walau bagaimanapun jelasnya, penyelidikan dan perbincangan lanjut dengan kerajaan perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page