top of page

Tiada guna isytihar darurat jika tidak buat pembaharuan - Dr Muhammed Khalid



Tiada faedahnya kerajaan Perikatan Nasional melaksana pemerintahan darurat sedangkan tiada pembaharuan sistem dilakukan sebagaimana dibayangkan sejak awal Januari lalu.


Menurut pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid, kerajaan PN telah membazirkan pelbagai peluang untuk melakukan pengolahan semula sistem ekonomi atau peraturan cukai sepanjang tempoh darurat.


"Bagi pembaharuan, ketika (negara) dalam keadaan baik, memang bukan masa untuk melakukan pembaharuan. Tak ada orang mahu lakukan pembaharuan ketika (negara) dalam keadan baik.


"Tetapi dalam waktu yang bermasalah, ini adalah masa tepat untuk kita buat pembaharuan yang komprehensif dan brutal,” katanya sewaktu sidang media ‘Darurat dan Mudarat Ekonomi’ yang dianjurkan Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat di Hotel Tamu, Kuala Lumpur, petang tadi.


Menurut Dr Muhammed lagi, kerajaan PN sepatutnya telah membaiki sistem keselamatan pekerja, percukaian dan pendidikan dalam masa 3 bulan pemerintahan darurat.


"Kita tahu kesan Covid-19 kepada mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal amat teruk kerana mereka tidak dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).


“Darurat adalah peluang untuk membaiki sistem sosial. Kerajaan mempunyai kuasa. Sistem percukaian (juga) boleh diperbaharui ketika ini, untuk pastikan harga barang tidak naik.


“Tetapi itu tidak dilakukan tetapi ia diabaikan,” katanya.


Sebaliknya, kata beliau darurat menyebabkan Malaysia mengulangi sifat negara autokratik lainnya dengan mengabaikan semak imbang di Parlimen dan membenarkan penumpukan kekayaan kepada segelintir elit sehinga pelabur asing gusar untuk menanam modal.


"Selalunya, pelaburan terhadap modal insan untuk (mendapatkan) keyakinan pelabur, namun itu tidak berlaku. Ini memberikan kesan jangka panjang.


"Secara rumusannya, kerajaan yang bersikap autokratik sebegini tidak baik untuk perkembangan ekonomi sekarang dan masa hadapan,” katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page