top of page

Tiada campur tangan Menteri Kewangan, mengapa desak letak jawatan?

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Standard kebertanggungjawaban terhadap keputusan pelaburan tidak boleh diubah semata-mata kerana sasaran kritikan ialah Perdana Menteri, memandangkan pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) diputuskan melalui proses tadbir urus institusi, bukannya oleh Menteri Kewangan.


Demikian kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail mengulas mengenai bukan sahaja KWAP mengalami kerugian pelaburan, malah syarikat pelaburan milik negara Singapura dan konglomerat dari Jepun turut mengalami nasib sama, namun Menteri Kewangan mereka tidak meletakkan jawatan.


Beliau berkata, di Singapura, Jepun dan negara-negara maju yang lain, Menteri Kewangan tidak dipertanggungjawabkan terhadap setiap keputusan pelaburan dana pencen.


Ini kerana katanya, keputusan tersebut dibuat oleh pengurusan profesional dan lembaga yang diberikan tanggungjawab fidusiari.

Mohammad Fitri Ismail
Mohammad Fitri Ismail

"Jika terdapat unsur kecuaian atau salah laku, tindakan diambil terhadap individu atau pihak yang bertanggungjawab berdasarkan hasil siasatan, bukannya melalui andaian politik.


"Prinsip yang sama perlu diguna pakai di Malaysia. Kita tidak boleh mengubah standard hanya kerana individu yang menjadi sasaran ialah Perdana Menteri.


"Sekiranya tiada bukti bahawa Menteri Kewangan mengarahkan, mempengaruhi atau mencampuri keputusan pelaburan tersebut, maka tuntutan supaya beliau meletakkan jawatan adalah tidak berasaskan prinsip kebertanggungjawaban yang adil," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Menyimpulkan pandangannya, Mohammad Fitri berkata, perkara tersebut perlu dilihat secara objektif dan berdasarkan amalan terbaik tadbir urus antarabangsa.


Beliau yang juga Ketua AMK Merbok menyifatkan, pelaburan sebagai satu aktiviti yang sentiasa terdedah kepada risiko malah institusi pelaburan yang diiktiraf di peringkat global juga pernah mengalami kerugian besar akibat perubahan pasaran atau kegagalan syarikat yang sebelum itu dilihat mempunyai prospek yang kukuh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page