top of page

'Tiada cai, saya bergerak solo' - Farhash



Pemilihan KEADILAN 2022 tidak seharusnya hanya terikat kepada tradisi cai sebagaimana cara berkempen dan mengundi sebelum ini.


Bagi calon Naib Presiden KEADILAN, Farhash Wafa Salvador, tohmahan yang dilemparkan kepada beliau kononnya telah menyertai cai tertentu sejak kebelakangan ini adalah tidak besar sama sekali.


Kata mantan Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, beliau sejak awal bergerak secara solo dan tidak salah untuknya menyatakan sokongan kepada mana mana calon yang beliau mahu.


"Saya ambil maklum beberapa tulisan berbaur fitnah membabitkan saya dan pimpinan-pimpinan lain yang sedang disebarkan melalui media sosial.


"Perlu saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak berada di dalam mana-mana 'cai' seperti yang digembar-gemburkan. Malah saya tegaskan bersama pasukan saya dari awal dan kita menyokong calon-calon yang kita percayai tanpa perlu berada di bawah mana-mana cai.


"Dari awal dan berkali-kali telah saya nyatakan bahawa dalam soal pemilihan timbalan presiden, sokongan saya adalah kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


"Ini tidak bermakna saya berada di bawah 'cai' susunan angkatannya. Maka tidak samasekali berlaku kemungkinan ada 'pergaduhan' atau penolakan, seperti satu tulisan fitnah terkini," katanya.


Farhash yang turut bertanding Ketua Cabang KEADILAN Gombak itu juga menjelaskan beliau telah bergerak, berkempen dan melakukan gerak kerja di cabang itu tanpa disokong mana mana calon timbalan presiden atau sebagainya.


"Saya dan pasukan bergerak sendiri dan kami menyantuni ahli-ahli di cabang Gombak. Kami telah turun ke semua negeri dari awal tempoh pemilihan dan rangkaian sudah pun disusun. Tidak perlu kami turun kali kedua atau ketiga untuk gerak kerja. Tumpuan saya kini di Gombak, manakala untuk pusat, Insya Allah sudah selesai.


"Bagi saya tidak perlu ada tokoh-tokoh samada Saifuddin atau Rafizi Ramli di belakang saya. Cuma saya berada di belakang Saifuddin, calon Ketua Wanita YB Senator Fadhlina Sidek dan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli Abdul Halim dan menyokong mereka," katanya.


Justeru Farhash meminta mana mana pihak yang membuat tohmahan agar menghentikannya.


Malah beliau menasihatkan agar tuduhan kononnya presiden parti Datuk Seri Anwar menyokong calon calon tertentu untuk tidak lagi diteruskan.


"Lebih menyedihkan, nama presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikaitkan dalam fitnah ini, kononnya beliau mengarahkan calon-calon pimpinan mendukung calon lain dan menolak yang lain. Ini tidak sama sekali berlaku.

Kita perlu elakkan penggunaan taktik-taktik kotor sebegini yang mengundang perpecahan di kalangan ahli-ahli parti.


"Saya gesa mereka yang mencipta dakyah-dakyah untuk mengelirukan ahli-ahli dan orangramai ini agar menghentikan fitnah yang keterlaluan, lebih-lebih lagi pada ketika kita menyusuri hari-hari akhir Ramadan yang mulia ini," kata Farhash lagi.


Katanya, ahli-ahli yang mempunyai sebarang keraguan bolehlah menghubungi terus pihak beliau atau pasukannya bagi sebarang penjelasan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page