top of page

Tiada alasan lagi untuk kerajaan tidak bertindak ke atas pemandu mabuk-Anthony Loke


Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook menegaskan tiada alasan lagi untuk kerajaan tidak bertindak ke atas pemandu yang tidak bertanggungjawab memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.


Selaku bekas Menteri Pengangkutan, beliau sendiri telah mengemukakan pelbagai cadangan termasuk pindaan undang-undang dan memperkukuhkan penguatkuasaan bagi memastikan isu pemandu mabuk dapat ditangani dengan lebih efektif.


"Saya berpendapat seseorang pemandu mabuk yang telah meragut nyawa orang lain tidak layak untuk memandu di atas jalan raya. Namun, undang-undang yang seketat mana pun tidak akan efektif sekiranya tiada penguatkuasaan yang tegas dan berkesan.


"Pihak penguatkuasa undang-undang mesti mempunyai tahap integriti yang paling tinggi dan menjalankan tugas "without fear or favour".


"Itu sebabnya saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPJ untuk melaksanakan pilot project di Wilayah Persekutuan KL untuk mewajibkan semua penguatkuasa JPJ untuk memakai "body camera" semasa menjalankan tugas namun semua itu tinggal cadangan sekarang," katanya menerusi akaun Facebook rasminya.


Anthony Loke turut menolak kritikan Perikatan Nasional sebelum ini, sambil menegaskan Pakatan Harapan sentiasa mengambil serius terhadap isu pemandu mabuk.


"Pendirian kami amat jelas. Kami tidak menafikan hak orang bukan Islam untuk mengambil minuman keras. Tetapi, selepas minum alkohol, anda tidak ada hak untuk memandu dan membahayakan orang lain.

"Pemandu mabuk mesti dihukum seberat-beratnya! Zero tolerance for drunk drivers!" katanya lagi.


Sepanjang 22 bulan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, Anthony Loke mencadangkan beberapa pindaan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, antaranya:


1) Meminda Seksyen 44 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol yang menyebabkan kematian boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun dan minima 6 tahun (Hukuman penjara sekarang ialah tidak kurang daripada 3 tahun tetapi tidak lebih daripada 10 tahun)

2) Menurunkan kadar alkohol yang dibenarkan daripada 80 mg alkohol dalam 100 ml darah kepada 50 mg alkohol dalam 100 ml darah (atau kurang) mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

3) Meningkatkan denda dan penjara kepada pemandu yang melebihi had yang dibenarkan walaupun tidak terlibat dalam kemalangan.

4) Menggantung lesen memandu untuk seumur hidup sekiranya seseorang didapati bersalah menyebabkan kematian semasa memandu dalam keadaan mabuk.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page