top of page

Tiada agensi kerajaan buat sebaran SMS berunsur politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 6, 2023
  • 1 min read


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil menegaskan tiada kementerian atau agensi kerajaan mengeluarkan arahan sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsurkan sentimen politik


Fahmi menerusi hantaran di akaun X (Twitter) beliau memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah membuat semakan dengan semua syarikat telekomunikasi berhubung perkara itu.


"Majlis Belia Malaysia (MBM) juga telah mengeluarkan penafian dan mengesahkan hantaran tersebut bukan bersumberkan pihak MBM," ciap Fahmi.


Fahmi sebelumnya mengulas kenyataan Presiden MBM Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid yang menafikan pihaknya atau pertubuhan di bawah MBM terbabit menyebarkan 'message blasting' yang bersifat provokatif dan menghasut.


Penafian itu susulan penyebaran SMS 'Belia Malaysia: Berita Mutahir Pimpinan Pas Pusat mengambil keputusan tidak akan melantik Sanusi menjadi MB (Menteri Besar) Kedah jika PN (Perikatan Nasional) menang.


Susulan itu tegas Mohd Izzat, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang salah guna nama yang mengaitkan pihak MBM dengan keadaan yang tidak bertanggungjawab.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page