top of page

Thonny Chee sentiasa pantau pembangunan, masalah penduduk Pulau Gaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Thonny (kiri) bersama Datuk Mustapha disambut meriah pengundi di Pulau Gaya
Thonny (kiri) bersama Datuk Mustapha disambut meriah pengundi di Pulau Gaya

Oleh: Akmal Manaf


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Api Api, Thonny Chee menegaskan komitmennya untuk terus memantau setiap perkembangan melibatkan masyarakat setempat bersama pasukannya dan memastikan suara penduduk dibawa ke meja pembuat keputusan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah, 29 Nov ini.


Menurut satu kenyataan, calon daripada KEADILAN itu telah mengunjungi Pulau Gaya yang turut disertai Pengerusi KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud bagi menemui penduduk di sana. Lawatan tersebut berlangsung dari awal pagi hingga ke petang, dipenuhi perbincangan bermakna.


Ramai penduduk turut mengambil kesempatan berkongsi pelbagai isu seperti cabaran mencari rezeki, kebersihan dan keperluan infrastruktur, dengan harapan penyelesaian progresif dapat dicapai selepas ini.


"Dengan perancangan dan promosi yang betul, pulau Gaya boleh menjadi antara tarikan pelancongan utama Kota Kinabalu.


"Namun, isu sampah marin di sekitar Pulau Gaya adalah masalah serius dan merupakan cabaran utama yang dihadapi komuniti setempat.


"Masalah alam sekitar bukan berlaku dalam sehari, dan ia juga tidak boleh diselesaikan dalam sehari, tetapi jika semua pihak bekerjasama, perubahan berperingkat pasti boleh dicapai dan akhirnya masalah ini boleh diselesaikan," kata Thonny dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, beliau turut merancang untuk menggalakkan aktiviti gotong-royong bersama melibatkan pihak berkuasa dan penduduk bagi memulihkan keadaan persekitaran, disertai dengan pendidikan kebersihan dan alam sekitar untuk menangani masalah tersebut.


Justeru, beliau berharap kerjasama dapat dijalinkan dengan agensi kerajaan pada masa hadapan bagi melaksanakan penambahbaikan dalam aspek kebersihan, pendidikan dan infrastruktur secara berperingkat.


Dalam pada itu, Mustapha dalam ucapannya menekankan kepentingan pendidikan untuk generasi muda dan berharap kanak-kanak di itu mendapat akses kepada sumber pembelajaran yang lebih baik.


Beliau turut berharap penduduk dapat memahami dengan lebih jelas visi politik dan pendekatan perkhidmatan yang dibawa oleh Thonny Chee.


Katanya, komunikasi rapat dan berterusan antara kedua-dua pihak amat penting bagi memastikan dasar-dasar kerajaan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, seterusnya memacu pembangunan komuniti dan meningkatkan kualiti hidup.


Lawatan tersebut bukan sekadar menyampaikan bantuan makanan dan keperluan asas, tetapi juga berkongsi secara langsung maklumat mengenai pelbagai program kebajikan dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI serta Kerajaan Negeri Sabah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page