top of page

Thaipusam: MB Kedah angkuh, Islam tidak diskriminasi mana-mana kaum - AMK



Kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, “raya pun tidak, cuti pun tidak” bagi merujuk kepada perayaan Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada 28 Januari ini dikecam keras oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua AMK, Akmal Nasir dan Naib Ketua AMK, Thiban Subbramaniam, ungkapan MB kedah itu mendedahkan keangkuhannya sebagai ketua kerajaan negeri serta tidak melambangkan imej parti yang memperjuangkan agama Islam.


"Kenyataan tidak bertanggungjawab MB Kedah itu memberi petunjuk jelas beliau tidak menjiwai semangat kemajmukan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama.


"Tambah memalukan lagi apabila beliau yang mewakili Parti Islam SeMalaysia (Pas) kononnya mahu menonjolkan pendekatan Kerajaan Melayu-Islam sebenarnya telah memberikan gambaran tidak baik terhadap Melayu-Islam itu sendiri pada kaca mata masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di Malaysia. Sedangkan Islam tidak pernah sama sekali mendiskriminasi mana-mana kaum.


"Keputusan membuta tuli MB Kedah dalam membatalkan cuti Perayaan Thaipusam yang telah menjadi kelaziman di negeri itu dengan alasan sudah terlalu banyak cuti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya amat tidak rasional serta tidak wajar.


"Ini memberi petunjuk bahawa tidak mustahil cuti sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya juga akan ditarik balik dengan alasan yang sama," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut pemimpin AMK itu lagi, MB Kedah atau parti Pas tidak boleh memperkecilkan sumbangan masyarakat India kepada negara.


Oleh yang demikian, hak-hak beragama kaum minioriti itu juga perlu ditegakkan sebagaimana kaum-kaum lain yang lebih besar.


"MB Kedah perlu sedar masyarakat India mempunyai sumbangan besar dan perlu diberi penghormatan melalui cuti perayaan yang mereka sambut.


"Merujuk kepada statistik tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, jumlah masyarakat India di Kedah seramai kira-kira 150,100 orang dan merupakan angka yang besar.


"Keputusan MB Kedah dalam hal ini perlu ditarik balik kerana ia berpotensi menyuburkan api perkauman dan menggugat keharmonian kaum yang telah wujud di Malaysia," kata mereka lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page