top of page

Thailand ucap terima kasih Malaysia bantu proses bebas warganya di Gaza


Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang membantu dalam rundingan berkaitan pembebasan tawanan rakyat negara itu ekoran konflik yang tercetus di Gaza, Palestin.


Perdana Menteri berkata penghargaan itu dizahirkan ketika pertemuan beliau bersama rakan sejawatannya sempena lawatan kerjanya sehari di Sadao, Thailand hari ini.


"Perdana Menteri Srettha mengucapkan terima kasih khas kepada kita kerana bantuan kita sedaya (upaya) untuk menyelamatkan tawanan orang Thailand yang di bawah penguasaan Hamas.


"Saya kata kita hanya cuba setakat kemampuan kita tetapi kebijaksanaan Hamas dan Mesir yang memberikan laluan kepada mereka (untuk tawanan Thailand bebas)," kata beliau kepada pemberita di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam selepas lawatan kerja itu, lapor Bernama.


Laporan media Thailand menyebut tiga lagi rakyat negara Thailand yang menjadi tawanan Hamas di Gaza telah dibebaskan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan tawanan yang dibebaskan sebanyak 17 orang.


Mengenai isu ketegangan di Selatan Thailand, Perdana Menteri berkata Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk bekerjsama dalam meredakan konflik di kawasan itu meskipun perkara itu dianggap isu dalaman negara berkenaan.

Jelas beliau Malaysia menjadi pemudahcara untuk membantu usaha damai yang diketuai oleh bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.


Anwar mengadakan lawatan kerja sehari ke Sadao, Wilayah Songkhla dengan menumpukan isu berkaitan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand dengan Srettha.


Lawatan atas jemputan Srettha itu antara lain bagi meninjau kemajuan projek jajaran jalan menghubungkan pusat pemeriksaan ICQS Bukit Kayu Hitam di Malaysia serta CIQ Sadao, Thailand.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page