top of page

Thailand sedia promosikan Langkawi bersama Phuket - PM



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Thailand menyatakan kesediaannya untuk mempromosikan industri pelancongan di Phuket, Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung secara bersama.


Perdana Menteri berkata perkara itu dinyatakan rakan sejawatannya, Srettha Thavisin dalam pertemuan mereka di Phuket semalam.


"Dalam pertemuan secara santai ini, perbualan kami sempat menyinggung beberapa perkara penting antaranya terkait soal pelancongan Malaysia-Thailand.


"PM Srettha menyatakan kesediaan Thailand untuk mempromosikan pelancongan di Phuket, Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung negara secara bersama memandangkan peningkatan mendadak pelancong Malaysia ke Thailand," katanya dalam kenyataan hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mereka berdua juga bersetuju untuk menyegerakan projek pembinaan Jalan Sadao-Bukit Kayu Hitam serta Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang.


"Saya dan PM Srettha juga sepakat untuk bersama-sama membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara Semenanjung secara lebih pesat sekali gus menjamin limpahan ekonomi dan kemakmuran buat rakyat di kedua-dua wilayah ini," katanya.


Tambah Perdana Menteri Jawatankuasa khas peringkat tertinggi antara kedua-dua negara perlu melaporkan kemajuan projek dan perkara-perkara yang telah dipersetujui pada pertengahan bulan depan.


"Kami juga sempat bicara terkait situasi banjir yang berlaku ketika ini dan Insya-Allah esok saya akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkan di sana. Semoga Allah segera mengangkat bencana ini," ujar beliau.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page