top of page

Teruskan usaha jamin keamanan Palestin, bantah sikap lemah Menteri Luar Malaysia


Keamanan di Palestin masih jauh daripada tercapai biar pun telah berlangsung gencatan senjata antara pasukan jihad Hamas dan Israel sejak beberapa hari lalu.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan masyarakat antarabangsa seharusnya melakukan usaha yang berterusan bagi menghentikan keganasan rejim Zionis dan hak dikembalikan buat rakyat Palestin, yang akan menjamin kestabilan di rantau berkenaan.


Sehubungan itu, Anwar mengecam kelemahan Menteri Luar Negeri Malaysia, Hishamuddin Hussein yang baru-baru ini gagal menghadirkan diri dalam satu sesi membincangkan isu Palestin ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


"Kita bersama masyarakat antarabangsa mesti mempertahankan rakyat Palestin dan menjamin keadilan berlangsung.


"Sebab itu saya menggesa dan membantah keras lemahnya tindakan Menteri Luar Malaysia. Beliau gagal menghadiri satu sesi penting yang dikendalikan oleh PBB menangani masalah Palestin. Keengganan beliau hadir itu memperlihatkan satu sikap lemah kerajaan Malaysia dan komitmen berkurangan bagi membela nasib saudara saudari di Palestin


"Saya tegaskan untuk menjamin keamanan yang berterusan ia memerlukan usaha dan langkah berterusan Malaysia dan masyarakat antarabangsa mempertahan hak dan maruah rakyat Palestin," katanya dalam satu siaran langsung Facebook.


Menurut Presiden KEADILAN itu, satu desakan dan lobi kepada masyarakat antarabangsa perlu diteruskan bagi memastikan gencatan senjata pergi lebih jauh ke arah perdamaian yang kekal.


Sekiranya tidak, menurut Anwar, Israel akan kembali melakukan keganasan dan pembunuhan serta pengusiran penduduk Palestin akan berulang lagi.


"Satu gencatan senjata tidak bermakna jika melihat penderitaan kepada rakyat Palestin. Walaupun kita akui dengan berakhirnya serangan ke atas rakyat Palestin tetapi kita tidak boleh terpedaya dengan harapan gencatan senjata ini menyelesaikan masalah Israel - Palestin


"Gencatan sejata adalah langkah pertama menuntut usaha berterusan bagi menjamin keamanan .


"Seperti mana langkah gencatan senjata sebelum ini membuktikan pemberhentian serangan dan pembunuhan itu tidak membantu menyelesaikan derita dialami penduduk Palestin," katanya lagi.


Konflik Israel - Palestin bermula 10 Mei baru-baru ini memperlihatkan sekurang-kurangnya 230 rakyat Palestin diumumkan terkorban, 65 kanak-kanak dan 39 wanita.


Manakala 1,300 yang lain cedera. Di pihak Israel pula hanya 12 rakyat yang mati akibat terkena ledakan roket dibedil pasukan jihad Hamas.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page