top of page

Teruskan tradisi ziarah, runtuhkan tembok prasangka - Johari Abdul



Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada hari ini memberi kesempatan untuk rakyat ziarah menzirahi dan merapatkan siratulrahmi.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah Datuk Johari Abdul berkata, sambutan hari raya selepas 2 tahun pandemik Covid 19 seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin untuk mentautkan hubungan sesama keluarga.


"Sambutan Aidilfitri pada tahun ini kembali meriah setelah dua tahun disambut dalam keadaan suram akibat perlaksanaan sekatan dan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Ibu bapa yang merindui kepulangan anak-anak serta keluarga sudah boleh menarik nafas lega apabila dapat bertemu mata.

"Mereka yang berada di perantauan yang telah lama memendam rindu kini mengukir senyum kegembiraan dapat pulang ke desa tercinta," katanya dalam perutusan Aidilfitri.


Menurut Johari, sempena Aidilfitri, tembok prasangka perlu dilenyapkan bagi memperbaiki hubungan sesama muslim dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.


"Sambil kita bergembira di hari raya, teruskanlah tradisi ziarah-menziarahi yang selama ini menjadi amalan kita. Runtuhkanlah ‘tembok prasangka’.


"Bukalah seluas-luasnya pintu untuk menerima kunjungan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, pangkat dan kaum. Ambillah peluang pertemuan di bulan yang penuh barakah ini sebagai medan saling bermaafan antara satu sama lain," katanya.


Selain itu, Johari juga menyeru agar umat Islam yang berhari raya tidak alpa kepada SOP Covid 19 memandangkan jangkitan masih berlaku.


Beliau selaku Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Kedah dengan itu menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf kepada semua sekiranya terdapat kekhilafan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page