Dua tahun selepas Langkah Sheraton yang menyaksikan penyokong pemimpin KEADILAN yang berkhianat meninggalkan perjuangan reformasi, nasib mereka dilihat lebih buruk bersama PN berbanding di dalam parti.
Hal itu diungkapkan oleh Ketua Cabang Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Gombak, semalam.
Dalam ucapan beliau itu, Amirudin menekankan perlunya anggota KEADILAN meneruskan perjuangan dan menolak sebarang usaha untuk memecah belahkan akar umbi bagi mengelakkan terjadi sekali lagi peristiwa 2 tahun lalu.
"Perlu kita pertahankan semangat muafakat yang menjadi kekuatan kita selama ini. Ini bukan soal jawatan MB, Ketua Cabang, YB, ahli majlis. Ini soal perjuangan teras. Kita hampir hampir berjaya untuk melakukan (reformasi total) tetapi dikhianati. Mereka yang mengkhianat ini sebenarnya terbawa bawa elemen yang anti reformasi
"Gerakan memecah belah bermula dengan bisik bisik, hasut menghasut, diikuti tindakan tertentu yang memecah belahkan
"Akhirnya mereka yang ikut Langkah Sheraton itu menjadi hamba dan macai Umno. Mereka akan diperguna oleh Umno BN dan akhirnya mereka akan dibuang ke tepi.
"Tetapi kalau kita utuh dengan perjuangan ini yang lebih 20 tahun, bagaimana gelombang (membadai) sekali pun kita masih boleh move on kerana perjuangan kebenaran ini," katanya.
Sebelum itu, Amirudin terlebih dahulu mengucapkan penghargaan kepada anggota Cabang Gombak yang masih kekal bersama KEADILAN walaupun dipujuk untuk berkhianat oleh pemimpin tertentu.
"Saya ucap ribuan terima kasih kepada pimpinan Cabang, Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita yang kukuh berdiri dan tidak mengikut beberapa individu yang sangat berpengaruh untuk memastikan usaha kita mengekalkan KEADILAN sebagai salah satu penggerak politik di Gombak, memastikan KEADILAN berdiri megah di bumi Selangor dan memastikan perjuangan parti terus bersatu dari masa ke semasa
"Alhamdulillah 80% anggota Cabang Gombak kekal bediri kukuh dalam perjuangan reformasi. Selepas ini bagaimana kita mahu mengekalkan prestasi 4 - 0 (4 kali menang parlimen Gombak) yang kita perolehi pada pilihan raya yang lalu. Fokus dan tumpuan kita harus diberikan, dan kita harus belajar dari kesilapan peristiwa yang lalu," katanya.
Dalam majlis itu, Menteri Besar Selangor itu juga mengumumkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang diundang sebagai jemputan dalam MATC berkenaan, melambangkan penyatuan dalam KEADILAN dan tidak lagi wujud perbezaan dalam pemilihan kali ini.
Comments