top of page

Teruskan pendidikan baiki sahsiah setelah Syawal

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 22, 2023
  • 1 min read


Pendidikan yang memperbaiki jiwa dan sahsiah perlu diteruskan sehabis madrasah Ramadan.


Hal itu diungkapkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri beliau.


"Syawal adalah momen kita meraikan kemenangan melawan hawa nafsu setelah sebulan berpuasa.


"Di mana pun kita berada, sambutlah bulan kemenangan ini dengan meneruskan pendidikan jiwa yang telah diasuh sepanjang Ramadan.


"Teruskan menyemai sifat mahmudah dengan bersederhana dalam berhari raya, tidak membazir, menjaga hubungan kekeluargaan dan persahabatan baik sesama muslim mahupun dengan saudara-saudara kita yang bukan Islam," katanya.


Selain itu, beliau yang juga Ketua Wanita KEADILAN menyeru agar rakyat terus meningkatkan perpaduan dan saling menziarahi pada hari raya ini.


"Teguhkan perpaduan dan kemesraan yang menjadi tonggak negara kita yang berbilang kaum dan agama.


"Saya mendoakan agar kita semua diberikan sakinah, kebahagian dan ketenangan dalam meraikan Aidilfitri dengan saling bermaafan dan meninggalkan sengketa serta perbalahan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page