Oleh: Abdullah Zaid
Aktiviti ekonomi negara boleh dirancakkan lagi dengan meneruskan inisiatif potongan Cukai Pelabur Budiman
Ahli Parlimen Tan Kar Hing (PH - Gopeng) berkata demikian bagi mengekalkan aktiviti pelaburan dalam negara di sepanjang tempoh pemulihan ekonomi.
Menurutnya, inisiatif yang bermula sejak lima tahun lalu pada era Kerajaan Pakatan Harapan dilihat dapat mereformasikan ekosistem ekonomi Malaysia secara yang lebih baik.
"Saya mencadangkan kepada Kementerian Kewangan untuk meneruskan inisiatif cukai bagi pelabur budiman walaupun program tersebut akan ditamatkan pada Disember ini.
"Ia dilihat sebagai mesra pelabur dan secara tidak langsung menyumbang kepada setiap sektor ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Sebagai rekod, pada 11 Oktober 2019 lalu, Kementerian Kewangan menyediakan pakej galakan pelaburan bernilai RM5 bilion bagi lima tahun sebagai insentif cukai kepada pelabur budiman dan modal teroka.
Inisiatif antara lain bertujuan menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia bagi meningkatkan pendapatan ekonomi negara.
Comments