Terma, rujukan Jawatankuasa Khas Parlimen dibincangkan



Jawatankuasa jawatankuasa Khas Parlimen yang ditubuhkan hasil memorandum kerjasama (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan mula membincangkan terma rujukan tugas setiap satunya bersama Speaker Dewan Rakyat kelmarin.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pilihan (PAC) Khas Keselamatan, Datuk Johari Abdul (gambar, satu dari kiri), beberapa pengerusi lain juga dijemput dalam perbincangan tersebut bagi melancarkan perjalanan PAC selepas ini.


"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan telah menghadiri pertemuan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan disertai oleh Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat lainnya pada tengahari kelmarin.


"Pertemuan ini adalah bagi membincangkan mengenai terma rujukan dan perkara-perkara berbangkit berkenaan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat," katanya.


Jawatankuasa Pilihan Khas atau PAC amat penting bagi menyemak tugas kementerian dan mempunyai kuasa untuk memanggil Menteri, Ketua Setiausaha, ketua jabatan dan sebagainya bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh PAC.


Melalui MoU, beberapa daripada PAC telah diketuai oleh Ahli Parlimen Pembangkang berbanding sebelum ini semuanya diketuai oleh Ahli Parlimen pemerintah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER