top of page

Terkesan pemergian Siti Sarah, perlu lakukan sesuatu betulkan keadaan - Anwar

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 9, 2021
1 min read

Pulangnya ke rahmatullah artis terkenal Siti Sarah Raissuddin akibat Covid 19 hari ini amat mengesankan dunia seni tanah air.


Bagi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemergian allahyarhamah menyedarkan rakyat sesuatu perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan agar mangsa Covid yang lain terus menunggu detik kematian tanpa daya.


"Terkesan dengan berita pemergian Siti Sarah. Semoga kekuatan buat Shuib sekeluarga.


"Tak lupa juga untuk mendoakan buat mereka yang kehilangan seseorang tatkala Covid terus merempuh.


"Angka kematian begitu merunsingkan, dan kita mesti lakukan sesuatu bagi membetulkan keadaan ini," ciapnya di Twitter.


Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19 meninggal dunia pagi tadi.


Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page