top of page

'Terjerit jerit, ungkap kata-kata biadap cemar imej Ahli Parlimen'



Drama anggota Dewan Rakyat daripada PN terjerit jerit dalam insiden 19 September ketika penggulungan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke 12 dan mengganggu kelangsungan sesi soal jawab Perdana Menteri selama 20 minit tidak sewajarnya diambil mudah kerana memaparkan sikap biadap wakil rakyat Malaysia.


Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin, tindakan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin yang enggan mematuhi arahan Speaker Tan Sri Johari Abdul itu mengharuskan beliau diambil tindakan gantung tugas kerana telah mencemar imej dewan yang mulia.


"Dalam hal ini saya menyokong penuh gesaan Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani agar Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin dikenakan tindakan gantung tugas atas perlakuan tidak wajar dan biadapnya terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim


"Perbuatan beliau menjerit-jerit, enggan mematuhi arahan Speaker, Tan Sri Johari Abdul dan mengungkapkan kata-kata biadap terhadap PM, adalah perlakuan jelek yang tidak boleh diterima sama sekali.


"Perbezaan pendapat dan berlawan hujah di Parlimen tidak seharusnya membuatkan seseorang itu sampai berkelakuan terlalu buruk sehingga hilang nilai-nilai akhlak dan kesopanan diri.


"Oleh itu, beliau wajar diambil tindakan gantung tugas sebagai pengajaran kepada Ahli-Ahli Parlimen lain agar tidak mengulangi tabiat sama pada lain masa," katanya dalam satu kenyataan.

Noraini Nordin

Menurut Noraini lagi, akibat peristiwa memalukan itu insiden berkenaan menjadi perbualan di seluruh negara.


Malah dalam teguran Pengerusi Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, beliau menyifatkan Radzi amat menjengkelkan apabila seorang bekas Menteri Kanan Kerajaan Persekutuan seolah olah tidak menghayati prinsip Rukun Negara - Kesopanan dan Kesusilaan - ketika berbahas di Parlimen.


"Dalam sejarah Parlimen, perilaku dan akhlak yang diperlihatkan oleh Dr Radzi pada Selasa lalu mungkin yang terburuk pernah ditunjukkan oleh mana-mana Ahli Parlimen sejak merdeka


"Sebelum ini, dalam mana-mana perbahasan sekali pun setiap Ahli Parlimen sentiasa menjaga akhlak, tutur kata dan sopan santun, apa lagi jika melibatkan Perdana Menteri.


"Dengan itu, jika perbuatan Datuk Dr Radzi dibiarkan begitu saja tanpa sebarang tindakan, adalah dibimbangi akan berlaku perkara yang jauh lebih buruk pada masa akan datang," katanya.


Justeru, pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat itu berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said segera mengambil tindakan bersesuaian sama ada gantung tugas atau sebagainya untuk memastikan Ahli Parlimen PN lebih berbudi bahasa di Dewan Rakyat di kemudian hari.


0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page