top of page

Terima keputusan pemilihan, fokus kestabilan parti - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 6
  • 1 min read


Anggota parti diseru untuk menerima secara terbuka keputusan Pemilihan KEADILAN 2025 peringkat cabang yang berakhir baru-baru ini.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan baru-baru ini telah menerima baik hasil pemilihan tersebut dan memutuskan untuk terus bergerak ke hadapan.


"MPP telah memutuskan bahawa kita move on, kita move forward dan ia telah dipersetujui semua pihak.


"Ini adalah waktu di mana seluruh saf kepimpinan dan anggota dapat mengumpul semula kekuatan, tidak kira siapa yang menang atau kalah.


"Ini perlu bagi memastikan usaha dan agenda Kerajaan MADANI dapat dilaksanakan dengan baik sehingga tamat penggal," katanya dipetik pada Isnin, selepas melancarkan TV5 Free-to-Air Digital Movie Channel di Kuala Lumpur.


Terdahulu, Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh memaklumkan bahawa keputusan pemilihan bagi semua 220 cabang seluruh negara telah disahkan dan dimuktamadkan.


Beliau berkata, MPP berpuas hati dengan pembentangan Jawatankuasa Pemilihan Parti dan juruaudit digital antarabangsa mengenai keputusan peringkat Ahli Jawatankuasa, Wanita serta Angkatan Muda Keadilan (AMK) di semua cabang.


Sementara itu, menurut Fahmi, hasil audit dalaman dan luaran menunjukkan bahawa sistem e-pengundian berasaskan blockchain tidak menyaksikan sebarang bukti pencerobohan, manipulasi data atau kerosakan sistem.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page