top of page

Terima kasih Rafizi Ramli - Akmal Nasir


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menghargai pengorbanan Rafizi Ramli mendedahkan kandungan Laporan Pengauditan 1MDB sehingga didakwa di mahkamah dan hampir dipenjarakan.


Penghargaan itu dibuat selepas bon berkelakuan baik yang dikenakan kepada Rafizi selama dua tahun akhirnya tamat pada 1 Jun 2020.


Malah, Akmal yang merupakan penjamin kepada Rafizi juga mendapati bahawa wang jaminannya sudah dikembalikan ketika berada di Istana Kehakiman di Putrajaya.


"Mahkamah telah membenarkan saya sebagai penjamin untuk mendapatkan kembali wang jaminan yang telah diletakkan di bank.


"Terima kasih kepada pihak mahkamah dan bank yang memudahkan urusan.


"Terima kasih Rafizi kerana berkelakuan baik, sehingga saya dapat menebus duit jaminan.


"Maka selesai kesemua 13 kes mahkamah, Rafizi kini bebas sepenuhnya!" katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Namun, tindakan Akmal yang bersungguh-sungguh mahu Rafizi dibebaskan dari sebarang tuduhan di mahkamah ketika berlakunya krisis politik negara mengundang persoalan baharu.


Malah, pembebasan sepenuhnya membolehkan Rafizi untuk kembali aktif dalam arena politik negara.


Adakah dalam diam, Rafizi sebenarnya sedang menyusun langkahnya untuk kembali memperjuangkan Reformasi, bagai sirih pulang ke gagang?

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page