top of page

'Terima kasih petani, peladang, nelayan, kerja keras demi keterjaminan makanan'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 hours ago
  • 1 min read


Kerja keras golongan petani, nelayan dan peladang merupakan tunjang kepada keterjaminan makanan negara.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rakyat perlu berterima kasih kepada usaha golongan tersebut demi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi.


"Bang Mat ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia yang bergelar pekerja dari segenap lapisan masyarakat, di bandar mahupun di desa.


"Tahun ini, tema "Pekerja Kesuma Bangsa" amat bertepatan dalam mengiktiraf sumbangan besar para pekerja sebagai tunjang kemajuan dan kemakmuran negara. Tanpa kegigihan dan dedikasi anda semua, negara tidak akan dapat berdiri megah seperti hari ini.


"Bang Mat ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para petani, peladang dan nelayan di seluruh negara," katanya dalam perutusan hari pekerja hari ini.


Dalam kenyataan sama Mohamad berkata, sehingga akhir tahun 2024, Banci Pertanian 2024 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah merekodkan sebanyak 1,256,593 pegangan pertanian di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 98.4% atau 1,177,556 merupakan pegangan oleh isi rumah, manakala selebihnya adalah pertubuhan perniagaan yang aktif dalam sektor pertanian.


Jelasnya, sektor pertanian Malaysia secara keseluruhan menggaji kira-kira 1.86 juta orang, merangkumi subsektor tanaman, ternakan, perikanan, dan perhutanan.


"Ini menekankan peranan penting sektor ini dalam menyediakan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.


"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus berusaha memperkasa sektor agromakanan, serta memastikan kebajikan para petani, peladang dan nelayan sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya," katanya lagi.


Mohamad turut menyeru agar rakyat terus menghargai dan menjunjung tinggi sumbangan para pekerja, khususnya dalam sektor makanan kerana tanpa mereka, kata beliau, tiadalah keberlangsungan hidup dan kestabilan negara.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page