top of page

'Terima kasih kepada semua pengundi' - PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu.


Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, menyatakan akan terus mengenang sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan.


"Terima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian," katanya dalam hantaran itu.


Keputusan PRN enam negeri menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi PH dan Barisan Nasional yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan.


Kelantan, Kedah dan Terengganu pula di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).


Anwar dalam kenyataan kepada pemberita Sabtu malam berkata, menghormati mandat yang diberi rakyat di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah memihak kepada pembangkang untuk mengekalkan kuasa


Justeru dengan berakhirnya pilihan raya itu, menyeru rakyat mengetepikan perbezaan politik dan kembali bersilaturahim bagi membina semula masa depan negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page