top of page

Terima kasih kepada peladang, penternak dan nelayan - Mohamad Sabu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 1
  • 1 min read

ree

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam perutusan Hari Raya Aidilfitrinya mengucapkan terima kasih kepada golongan yang menghasilkan produk makanan buat rakyat Malaysia.


Golongan peladang, penternak dan nelayan katanya berjasa besar dalam menyumbangkan hasil makanan negara dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia untuk menyambut Aidilfitri tahun ini


"Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan, serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.


"Terima kasih kepada semua peladang, penternak dan nelayan yang telah bekerja keras memastikan sumber makanan negara sentiasa cukup. Anda adalah tunjang keterjaminan makanan negara," katanya.


Ahli Parlimen Kota Raja itu juga mewakili kementeriannya memohon kemaafaan pada hari yang mulia, dan berharap semua rakyat Malaysia akan berhari raya dengan penuh kesyukuran serta kesederhanaan tahun ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page