
KEADILAN Sarawak menyambut baik keputusan Kerajaan Perpaduan menerima anak anak yang tiada dokumen pengenalan masuk ke sekolah kerajaan sementara diberi kerakyatan dan sijil lahir.

Menurut Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, keputusan tersebut merupakan isu yang diperjuangkan KEADILAN Sarawak sejak bertahun tahun dan beliau sendiri telah beberapa kali membangkitkannya dalam platform parti mahupun media.
"Ini satu jawapan yang memang diharapkan apabila saya cadangkan agar anak-anak yang tidak ada dokumen diri dibenarkan memasuki sekolah Kerajaan.
"Saya berharap sesiapa yang mempunyai anak-anak yang dibuang dari sekolah kerana tiada dokumen agar menghubungi AJK Cabang KEADILAN seluruh Sarawak untuk diatur kemasukan semula anak-anak mereka yang pernah dibuang agar diterima semula ke kekolah kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Abun Sui, anggota masyarakat selepas ini perlu membantu semua pelajar yang tercicir kerana tiada dokumen untuk mereka didaftarkan segera ke sekolah kerajaan pada sesi kemasukan April 2023 ini.
"Kita menyeru semua pihak sama-sama membantu Kerajaan dan pihak sekolah membawa mana-mana anak yang tercicir untuk dapat bersekolah semula.
"Kementerian Pendidikan Malaysia pula seharusnya membuat pekeliling yang sewajarnya bagi melancarkan anak-anak tanpa dokumen ini menyambung persekolahan mereka," katanya lagi.
Masalah anak anak tiada dokumen kelahiran di Sarawak merupakan isu yang berpanjangan sejak puluhan rahun lalu berikutan sukarnya perhubungaan darat dan kurang kesedaran masyarakat luar bandar mendaftar kelahiran anak mereka dalam tempoh 2 minggu selepas dilahirkan.
コメント