top of page

Terengganu perlu jadi negeri hadapan PH



Politik Terengganu sentiasa belegar antara persaingan Pas dan Umno.


Dengan pelantikan pemimpin muda Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri semalam diharapkan Terengganu akan beralih menjadi wilayah Pakatan Harapan (PH).


Menurut Unit Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kemaman, pelantikan Naib Presiden KEADILAN itu diharap akan menutup kemarau kemenangan di Terengganu.


"AMK Kemaman mengucapkan tahniah kepada YB Nik Nazmi atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi MPN Terengganu bagi sesi 2022-2025


"Semoga dengan perlantikan ini dapat memacu KEADILAN Terengganu untuk memenangi kerusi di DUN dan Parlimen di Negeri Terengganu," kata kenyataan itu.


Menurut AMK Terengganu lagi, sudah tiba masanya Terengganu bangkit menjadi negeri maju setaraf negeri lain dengan pendatapatan royalti petroleum mencecah RM1 bilion setahun.


"Terengganu mempunyai banyak hasil mahysul yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan negeri. Rakyat Terengganu berhak mempunyai kerajaan yang berintegriti dan juga akauntibiliti untuk menguruskan negeri.


"KEADILAN Terengganu mesti menjadi peneraju dalam memperjuang pentadbiran yang telus yang mampu mengubah nasib rakyat," kata kenyataan itu lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page