top of page

T'ganu dapat royalti minyak RM5 bilion, masih fitnah kerajaan nafikan hak?



Kerajaan Pas Terengganu tidak sewajarnya menyembunyikan maklumat telah menerima sekitar RM5 bilion hasil royalti petroleum daripada Kerajaan Persekutuan sejak Pakatan Harapan memerintah pada 2018.


Menurut Pengasas NGO GEGAR dan ROYALTI yang berjuang menuntut bayaran sejak 2009 - 2019, Mohd Hisyamuddin Ghazali (Syam Ghaz), propaganda Pas sebelum ini yang memburuk burukkan Kerajaan Perpaduan belum menjelaskan royalti adalah sangat tidak wajar.


Kata beliau tindakan memburuk burukkan Kerajaan itu, terutama dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu merupakan tohmahan yang tidak sepatutnya daripada parti yang dipimpin ulama.


"Tempoh kempen PRN pada bulan Ogos 2023 lalu, beria-ria Pas kempen Kerajaan Perpaduan nafikan hak petroleum Terengganu.


"Habis semua walaun Pas dan macai Bersatu PN percaya, malah bermacam-macam fitnah ditabur bagi memburukan Kerajaan Perpaduan untuk pastikan mereka menang PRN.


"Langsung tidak berterima kasih, malah ditabur pelbagai fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia," sinis Syam Ghaz dalam satu kenyataan.

Gelabah wang royalti masuk lambat?

Beliau berkata demikian mengulas jawapan Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam di Sidang DUN Terengganu yang mendedahkan bayaran hasil petroleum telah masuk sejak 2018 lagi.


Bayaran bagi tahun 2018 menurut butiran berjumlah RM1.374 bilion, tahun 2019 berjumlah RM1.497 bilion, tahun 2020 RM1.226 bilion, tahun 2021 RM1.287 bilion, tahun 2022 RM1.394 bilion dan tahun 2023 setakat ini baru diterima RM405 juta.


"Kelmarin kantoi, apabila menjawab soalan di Sidang DUN, akhirnya MB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri mengumumkan bahawa bayaran hasil petroleum telah masuk sejak 2018.


"Jumlah semua dari tahun 2018 hingga Oktober 2023 adalah RM5.957 bilion. Cukup banyak dan sangat besar bagi sebuah negeri tanpa perlu buat apa-apa, dan kebanyakkannya proses carigali dibuat oleh Petronas secara telus


"Lepas tu Pas mengaku Menteri Besar Terengganu paling hebat. Hebat goyang kaki pun duit masuk betul lah. Kejayaan lain tidak boleh dibanggakan pun


"Tanpa duit royalti, Kerajaan Terengganu tiada hasil utama bagi negeri, ekonomi negeri tidak berkembang baik di bawah pemerintah Pas. Sama macam di Kelantan," ujarnya.


Tambah Syam Ghaz lagi, dengan wang melimpah ruah MB, Timbalan dan Exco hanya goyang kaki dan setiap hari berpolitik, berceramah ke sekeliling negeri. Sedangkan pemimpin di negeri lain, katanya, bertungkus lumus menjana ekonomi dan hasil.


"Jadi Pas Terengganu janganlah mendabik dada kononnya MB Terengganu hebat sangat.


"Baki duit petroleum untuk 2023 berjumlah RM1 bilion lewat masuk pun dah gelabah berpeluh habis.


"(Dalam hal ini diucapkan) terima kasih PMX, walaupun dimaki dan dihina oleh pengikut Pas, tetap teruskan dasar Malaysia Madani yang tidak diskriminasi Terengganu seperti Tun Mahathir," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page