top of page

Terengganu belanja RM2 bilion setahun belanjawan untuk apa?



Pelbagai persoalan timbul apabila negeri Terengganu membelanjakan sejak beberapa tahun lalu sebanyak RM2 bilion setahun untuk belanjawan negeri.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail, perbelanjaan tersebut yang menghampiri belanjawan Selangor negeri termaju di Malaysia telah menimbulkan tanda tanya.


Katanya, apakah yang dilakukan pentadbiran Pas di Terengganu dengan dana sebanyak itu kerana peluang pekerjaan tidak bertambah dan kemudahan kepada rakyat jauh tertinggal di belakang negeri ditadbir Pakatan Harapan.


"Saya dapat reaksi (selepas pendedahan minggu lalu) yang bertanya minta penjelasan berkenaan perbelajaan yang diperlukan oleh Terengganu menerusi belanjawan negeri yang dikatakan (terlalu tinggi) dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.


"Sebenarnya maksud saya apabila kita membuat perbandingan (belanjawan Terengganu) dengan negeri lain seperti Kelantan, Pahang, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (yang jumlahnya tidak begitu besar)," kata Azan dalam satu siaran media.


Menurut beliau, negeri Pantai Timur lain seperti Kelantan dan Pahang tidak menggunakan kewangan yang banyak dalam menguruskan negeri.


Justeru Azan merasakan Terengganu harus lebih berjimat cermat kerana penghasilan negeri itu tidak lebih RM300 juta setahun manakala dana selebihnya diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan atas wang ihsan petroleum.


"Kelantan memerlukan sekitar RM677 juta setahun berbelanja mentadbir. Pahang sekitar RM800 juta lebih. Pulau Pinang juga bawah RM1 bilion. Dan negeri lain lebih kurang sama.


"Tetapi yang menjadi stigma kita, kenapa Terengganu berbelanja melebihi RM2 bilion? Sedangkan tidak ada apa yang dilihat berbeza berbanding negeri lain. Itu yang menjadikan persoalan isu value for money yang perlu kita ketengahkan, pertikaikan," katanya.


Oleh itu, beliau berharap rakyat Terengganu yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri sebulan daripada sekarang dapat menilai prestasi Kerajaan Negeri Pas dengan sebaik baiknya sebelum membuat keputusan di kertas undi.


"Kita perlu lihat ukurannya boleh diperbaiki atau tidak? Kalau berterusan begini dengan belanja RM2 bilion dan tidak ada apa perbezaan daripada negeri lain bermakna kita berbelanja kepada perkara tidak perlu. Value for money kita sangat rendah berbanding negeri lain


"Sebab itu saya tumpukan ada keperluan untuk memperbaiki perbelanjaan kita, pembaziran


"Ini (wang jimat) kita boleh beralih menumpukan perkara lain, bukannya bergantung kepada pemberian pusat setiap tahun, maka perbelanjaan kita berterusan seperti itu dan tidak boleh tumpu kepada yang lain, membantu rakyat," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page