top of page

Terajui PN: Pas lemah tadbir negeri, akan berjangkit ke peringkat nasional - Danish

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 23
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Usul yang diluluskan dalam Muktamar Tahunan Pas ke 71 untuk menerajui kepimpinan Perikatan Nasional (PN) menjadi petunjuk kepada wujudnya pergelutan kuasa dalam gabungan itu yang menguji tahap persefahaman dan kesepaduan antara parti komponen PN.


Itu pandangan diberikan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Danish Hairudin apabila ditanya mengenai lulusnya usul tersebut pada muktamar yang diadakan di Alor Setar, Kedah pada minggu lalu.


Kata beliau setiap kali isu kepimpinan menjadi rebutan, tumpuan gabungan itu cenderung beralih daripada agenda membela rakyat kepada soal siapa yang lebih berhak berkuasa.


Ujarnya, keadaan itu menimbulkan persoalan besar tentang kemampuan PN untuk menjamin kestabilan politik negara sekiranya mereka diberi mandat memerintah.

Danish Hairudin
Danish Hairudin

''Lebih membimbangkan, Pas sendiri telah gagal memperlihatkan kepimpinan yang baik di negeri-negeri yang ditadbir mereka.


''Kegagalan membawa pembangunan yang mampan serta kelemahan dalam memperkasa ekonomi negeri jelas membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menawarkan model pemerintahan yang berkesan," katanya kepada Suara Keadilan.


Danish memberi amaran kelemahan Pas di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis itu akan dikongsi di peringkat nasional seandainya mereka memimpin PN.


''Jika di peringkat negeri pun tidak mampu menunjukkan hasil yang meyakinkan, bagaimana Pas mahu meyakinkan rakyat bahawa mereka layak untuk mentadbir di peringkat nasional,'' katanya.


Bagi Danish, hakikatnya rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang teguh, fokus dan konsisten dalam membela nasib rakyat serta memacu kemajuan negara, bukannya gabungan yang sibuk bergaduh sesama sendiri demi jawatan dan kuasa.


Untuk itu, katanya, rakyat telahpun memiliki Perdana Menteri Datuk Seri Anwar yang bertaraf dunia dan dikagumi oleh rantau Asia, Timur Tengah mahupun negara Barat. Tiada faedahnya mencuba pemimpin PN yang ternyata membawa Malaysia ke lubuk kegagalan sepanjang diberi kuasa pada 2020 - 2022 lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page