top of page

Tentera siber PN terdesak, fitnah Salahuddin sertai Bersatu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 5, 2020
  • 1 min read



Semakin kuat arus perubahan menekan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), tentera siber gabungan itu semakin terdesak melakukan perang saraf.


Terbaharu, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin Ayub difitnah kononnya akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama dua Ahli Parlimen Amanah yang lain.


Menurut Salahuddin, tindakan perang saraf itu tidak sedikit pun menjejaskan usaha murni untuk mengembalikan mandat rakyat dengan membentuk semula kerajaan Pakatan Harapan (PH).


"Ternyata pihak cytro PN sangat tertekan dengan perkembangan terkini politik tanah air sehingga terdesak menyebarkan berita palsu tentang kononnya saya dan beberapa pimpinan AMANAH akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam masa yang terdekat.


"Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan laporan palsu tersebut.


"Laporan yang merupakan fitnah murahan itu tidak sedikitpun menjejaskan usaha dan komitmen PH mengembalikan mandat rakyat dan menyelamatkan negara daripada bencana politik PN.


"Saya mengharapkan rakyat Malaysia dapat bersama PH mendukung dan meneruskan cita-cita membentuk Malaysia Baharu yang bebas rasuah, penyelewengan serta menegakkan amalan politik yang telus, benar dan tidak berteraskan fitnah," kata Ahli Parlimen Pulai itu dalam satu kenyataan.


Sejak pagi tadi tular di media sosial mendakwa beberapa pemimpin AMANAH akan menyeberang menyertai Bersatu. Selain Salahuddin, Ahli Parlimen Hulu Langat Hasanuddin Mohd Yunus serta Dr Hasan Baharom (Tampin) juga dibabitkan dalam fitnah tersebut.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page