top of page

Tengku Zafrul sertai KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 9
  • 1 min read
ree

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (gambar) mengesahkan permohonannya untuk menyertai KEADILAN telah diterima dua minggu lalu.


Menurut laporan Bernama, Zafrul mengakui beliau kini adalah ahli KEADILAN Cabang Ampang.


"Saya tidak ingat tarikh tepatnya, tetapi ia ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti dua minggu lepas," katanya dipetik media Malaysia di Jepun semalam sempena lawatan ke Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka.


Tengku Zafrul, yang merupakan senator sejak Mac 2020 dan dilantik semula pada Disember 2022, akan menamatkan penggalnya Disember ini. Tempoh itu tidak boleh diperbaharui, sekali gus memerlukan beliau melepaskan jawatan menteri dalam kabinet.


Pada 30 Mei lalu, beliau mengumumkan keluar daripada UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai KEADILAN.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh ketika dihubungi Malaysiakini semalam mengesahkan penyertaan Zafrul.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page