Tengku Zafrul dilantik sebagai Pengerusi MIDA - PMO
- Suara Keadilan
- 3 hours ago
- 1 min read

Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
"Selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri," kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan.
Pengumuman itu dibuat selepas sehari Tengku Zafrul, 52, menamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) semalam.
Ia susulan kedudukannya sebagai Senator tamat semalam selepas berkhidmat selama dua penggal sejak 2020 di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Kewangan.
Beliau dilantik sebagai Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri sejak Disember 2022 di bawah pentadbiran Anwar.





