Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri
- Suara Keadilan

- 6 minutes ago
- 1 min read

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mac 2026.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan tersebut dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada PM.
"Perdana Menteri menzahirkan harapan agar YM Tengku Datuk Seri Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.
Posisi Zafrul sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Setiausaha Politik Kanan PM.




Comments