top of page

Tengku Azlan seru rakyat sokong kempen perangi rasuah PM



Oleh: Abdullah Zaid


Pentadbiran yang diterajui Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara.


Sehubungan itu, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yakin pentadbiran yang diterajui pemimpin nombor satu negara itu mampu membawa Malaysia ke era baharu yang lebih baik.


"Saya lihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membawa satu era baharu untuk mentadbir negara dan berilah beliau peluang untuk mentadbir negara yang pada ketika ini begitu baik sekali," katanya pada Rabu.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai prestasi yang Kerajaan Perpaduan dalam mentadbir negara.


Selain itu, Tengku Azlan yang juga bekas Ahli Parlimen Jerantut percaya tekad Perdana Menteri mahu menghapuskan amalan rasuah secara menyeluruh bukanlah tugas mudah.

Justeru, beliau yang juga bapa saudara kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat Malaysia menyahut seruan itu.


"Kita nak buat baik tetapi ada pihak tertentu tidak senang apa yang dilakukan kabinet untuk menghapuskan korupsi.


"Jadi pada saya, kita sebagai rakyat perlu menyokong usaha yang dibuat Perdana Menteri," jelasnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page