top of page

‘Tender terbuka Mysikap tiada kaitan dengan mana-mana individu’



Oleh: Abdullah Zaid


Penganugerahan tender kerajaan kepada syarikat HeiTech Padu Bhd (HeiTech Padu) yang dipersoalkan pembangkang sebelum ini dilakukan dengan telus dan mengikut prosedur.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pemberian kontrak MySikap tersebut tiada kaitan dengan mana-mana individu sebagaimana dispekulasikan oleh pihak tertentu.


Jelasnya, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah memberikan penjelasan penuh mengenai perkara itu, justeru beliau menyeru penjelasan tersebut dirujuk sebelum membuat apa-apa tuduhan.


"Ada pihak telah mengeluarkan kenyataan yang tidak bersandarkan kepada fakta berkenaan sistem MySikap ini, projek yang telah diberikan dan dimenangi Hietech Padu secara tender terbuka.


"Ia diluluskan Lembaga Tender pada 24 November tahun lalu manakala Kementerian Pengangkutan telah luluskan pada 2 Februari tahun ini.


"Pembelian saham oleh Roseeta Partners (syarikat dispekulasikan) hanya berlaku pada 16 Mac, bermaksud keputusan berikan tender kepada Hietech telah diputuskan tahun lalu, jadi tidak ada kaitan keberadaan mana-mana pihak Hietech menerima kelulusan.


"Oleh itu, mana-mana pihak yang ingin memberikan komen harus berpandukan kepada fakta," Fahmi dalam sidang media hari ini.


Malah, kata Menteri Komunikasi itu Hietech juga tidak menerima apa-apa kelulusan baharu selepas proses penganugerahan.


"PM telah memaklumkan Hietech tidak terima apa-apa kelulusan baru setakat ini," ujarnya.

Terdahulu, pihak pembangkang mendakwa tender terbuka bernilai RM190.01 juta telah diberikan kepada Heitech kononnya kerana pemilik saham terbesarnya Datuk Farhash Wafa Salvador merupakan mantan setiausaha politik PM (Presiden KEADILAN).


Susulan itu Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menafikan pemberian tersebut dibuat secara terancang, selain memaklum PM terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan terperinci diadakan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page