top of page

Temurapat Syed Ibrahim, KEADILAN Kuantan dengar suara akar umbi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 13
  • 1 min read
Fakhrul Anuar (tiga dari kanan) bersama Syed Ibrahim dan pimpinan KEADILAN Kuantan
Fakhrul Anuar (tiga dari kanan) bersama Syed Ibrahim dan pimpinan KEADILAN Kuantan

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN bertemu pimpinan KEADILAN Cabang Kuantan menerusi program Temurapat di Dewan Sri Teja, Pusat Komuniti Madani Parlimen Kuantan, baru baru ini.


Sesi dialog dua hala tersebut menjadi platform kepimpinan pusat dan akar umbi menyelaraskan gerak kerja serta berbincang hala tuju parti.


Turut hadir Ketua Cabang KEADILAN Kuantan merangkap Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi; Ketua Wanita KEADILAN Pahang, Sridayu Samsuri; barisan Ahli Jawatankuasa Cabang, Wanita, AMK serta pimpinan Ranting seluruh Kuantan.

Sridayu bertanya soalan dalam sesi temu rapat
Sridayu bertanya soalan dalam sesi temu rapat

Dalam pertemuan santai itu, Syed Ibrahim berkongsi agenda utama Kerajaan MADANI, khususnya berkaitan kelestarian alam, pengurusan sumber asli dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta krisis perlembagaan Negeri Sembilan.


Suasana menjadi lebih mesra apabila Syed Ibrahim berkongsi momen nostalgia bersama Ketua Cabang Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi. Keduanya pernah berada dalam satu jentera utama Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 di Parlimen Kuantan pada tahun 1999 dan menjadi rakan menunaikan ibadah haji pada tahun 2000.


"Dialog sebegini penting. Bila pimpinan pusat turun padang, akar umbi lebih jelas hala tuju. Jentera KEADILAN Kuantan siap siaga teruskan perjuangan demi rakyat," ujar Fakhrul Anuar.


Sesi temurapat yang berlangsung dalam semangat politik matang dan sejahtera itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI mendengar suara akar umbi secara terus dan terbuka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page