top of page

'Temu Anwar' Negeri Sembilan di USIM esok



Rakyat Negeri Sembilan terutama golongan muda dipelawa hadir menyertai sesi Temu Anwar pada Sabtu ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menerusi hantaran ringkas di Facebooknya berkata program itu akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.


Berdasarkan poster yang dikongsi menerusi catatan itu, sesi Temu Anwar akan berlangsung pada jam 1.30 petang di Dewan Tuanku Canselor USIM.


"Saya menantikan soalan dan pendapat semua pihak dalam sesi santai dan penuh harmoni, bagi meraikan perbezaan serta pandangan.


"Kita jumpa Sabtu ini!" kata Anwar melalui hantaran tersebut.


Temu Anwar ialah program dialog anak muda yang diadakan secara bersiri sejak 2009, khusus untuk orang ramai mendekati dan mengenali lebih dekat pemimpin utama negara itu.


Beberapa sesi yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan hebat dari anak muda terutama golongan mahasiswa.


Pelbagai soalan dan cadangan dikemuka sendiri mereka kepada perdana menteri dalam setiap sesi yang diadakan.


Sementara itu Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) melalui hantaran sama menjelaskan, untuk mereka yang mahu hadir pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page