Tempoh bagi bantahan dan rayuan pencalonan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Pusat (MPAMKP) dan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) bermula hari ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa tempoh diberikan selama empat hari untuk proses bantahan serta rayuan.
"Sukacita dimaklumkan tarikh tempoh untuk bantahan pencalonan Ahli MPP, Ahli MPAMKP dan Ahli MPWP boleh dilakukan pada 2 hingga 2 Jun 2022.
"Makanala tarikh tempoh rayuan pada 4 hingga 6 Jun 2022.
"Setiap bantahan perlu didahulukan dengan yuran bantahan sebanyak RM50 berserta lampiran bukti yang berkenaan melalui aplikasi ADIL. Sebarang bantahan tanpa bayaran yuran akan ditolak secara automatik," katanya.
Tambah beliau, segala urusan dan perjalanan JPP adalah menurut Peraturan Pemilihan dan Tatacara Pemilihan Parti pindaan 21 Februari 2022.
Comments